Sunday, October 25, 2015

WHO AM I ?

Nama diberi NURLIYANA BINTI SHAMSHUL ARIFFIN.
 Umur saya genap 19 pada 30 Disember 2015 tahun ini.
Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan saya merupakan anak kedua.
Saya mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.
Abang saya merupakan seorang graduan lepasan diploma di Kolej POLY-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan dan sekarang bekerja di syarikat AIR-ASIA Pulau Pinang. 
Adik lelaki saya melanjutkan pelajaran di peringkat pra-diploma di Kolej Vokasional Teluk Intan dalam bidang Mekanisasi Agro. Kedua-dua adik perempuan saya masih berada di bangku sekolah rendah, berumur 12 tahun dan 9 tahun masing-masing.




Ayah saya merupakan seorang pembantu penyelia di sebuah kilang kompos swasta (ASIAGREEN Resources SDN BHD).
Mak saya merupakan suri rumah sepenuh masa.



Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(UKM) BANGI. Saya mengambil jurusan PENTADBIRAN PERNIAGAAN. Saya bercadang untuk menukar kos ke PERAKAUNAN.


Selama saya berada di UKM ini, saya telah terlibat dengan pelbagai aktiviti di kolej seperti Tarian Hari Malaysia, ICAF(Teater), dan SUKEM(Bola Jaring).







 

#BLOGGER NEWBIE Template by Ipietoon Cute Blog Design