KOLEJ KEBANGGAAN


Inilah kolej kediaman saya , KOLEJ RAHIM KAJAI.
Kolej ini merupakan antara kolej yang mempunyai bilangan pelajar yang agak sedikit berbanding kolej lain di dalam UKM ini.
Bahagian Pentadbiran Kolej Rahim Kajai sangat efektif dan efisien dalam melaksanakan tugas. Kerani-keraninya amat ramah dan mesra pelajar.
Setiap kerosakan yang diadukan pasti dapat diselesaikan dengan segera.


Antara fasiliti yang terdapat di kolej ini ialah Bilik  Merak Kayangan yang boleh menempatkan para pelajar untuk menyiapkan tugasan kerana adanya kemudahan Wi-Fi.
Selain itu, kolej ini juga menyediakan bilik gim untuk para pelajar menyihatkan badan, kolej ini juga mempunyai foyer yang membolehkan pelajar mengadakan perjumpaan.
Cafe Rahim Kajai merupakan satu-satunya kafe yang terdapat di kolej ini namun mempunyai perlbagai gerai yang menarik.


Di Kolej ini terdapat 2 blok lelaki (A&B) dan 4 blok perempuan(C,D,E&F) bagi bilik-bilik yang menempatkan penghuni seramai dua orang satu bilik. 
Kolej ini juga menyediakan blok-blok bagi pelajar yang meninginkan privasi yang dinamakan flatlet.



Yang menariknya :
Kolej ini dekat dengan padang UKM dan memudahkan bagi saya untuk bersenam setiap petang. Selain itu, kolej ini juga agak dekat dengan DEWAN TUN ABDUL RAZAK (DECTAR) di mana saya menjalani latihan silat setiap malam hari rabu & khamis. 


Sepanjang saya menginap di kolej ini, saya berasa amat selesa dan berpuas hati :)



SEJARAH KOLEJ RAHIM KAJAI

Kolej Rahim Kajai ditubuhkan pada 31 Januari 1983. Kolej terawal yang ditubuhkan pada awal penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Digelar sebagai Kolej F. 
Mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Abdul Rahim Bin Salim yang dikenali sebagai Rahim Kajai merupakan Bapa  Kewartawanan Melayu.



 Kolej ini terletak di atas bukit berhampiran Stadium UKM, Dewan Gemilang UKM, Canselori dan Padang besar UKM. Matlamat kolej adalah menyediakan penempatan yang selesa dan kondusif dengan menjaga kebajikan dan keselamatan penghuni dengan baik, menyediakan dan menambahbaik kemudahan serta perkhidmatan scara efisen dan berterusan, menggalakkan penghuni mengikuti program yang dianjurkan bagi memastikan pembangunan sahsiah dan kemahiran softskill mereka. Dikenali di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Kolej Sukan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi kebajikan dan keselesaan para penghuninya.

0 comments:

Post a Comment

 

#BLOGGER NEWBIE Template by Ipietoon Cute Blog Design