Saturday, November 21, 2015

APA YANG TELAH SAYA PELAJARI ?

*WORD*

Melalui microsoft word, saya telah mempelajari bagaimana untuk menyunting satu dokumen WORD LAB TASK. Saya belajar untuk membuat Table of contents, List of tables, dan List of figures.

Saya juga belajar bagaimana untuk menyunting header dan footer.
Selain itu saya belajar untuk menjadikan sesuatu tajuk sebagai level 1, level 2, atau level 3. Saya juga sudah mempelajari untuk membuat jadual dan menyunting agar ia jadi lebih sempurna.

Bahagian paling menarik bagi saya adalah apabila menyunting rujukan seperti jurnal, majalah, buku-buku rujukan dan sebagainya.



Ini adalah sedikit sedutan video yang saya ambil dari youtube untuk beginner.


Ini pula sebahagian daripada yang saya belajar untuk menggabungkan excel dan word.





*EXCEL*

Bagi microsoft excel pula saya belajar pelbagai fungsi yang menarik. Saya belajar bagaimana untuk membuat :

  •  Jadual perbelanjaan sendiri
  •  VLookup
  • Autofill
  • Text Formatting
  • Flashfill
  • Simple Grade
  • Simple Data 





Banyak yang saya telah pelajari dari DR NORAZILA BINTI MAT



*HTML*







*ACCESS*


Saya belajar untuk membuat Table (Maklumat setiap data yang ingin dimasukkan), Form bagi maklumat tersebut, kemudian Queries dan akhir sekali Report bagi maklumat tersebut. Dan kita boleh link kan setiap maklumat yang ada. 


Ini antara contoh maklumat di dalam ACCESS.

Sunday, October 25, 2015

WHO AM I ?

Nama diberi NURLIYANA BINTI SHAMSHUL ARIFFIN.
 Umur saya genap 19 pada 30 Disember 2015 tahun ini.
Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan saya merupakan anak kedua.
Saya mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.
Abang saya merupakan seorang graduan lepasan diploma di Kolej POLY-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan dan sekarang bekerja di syarikat AIR-ASIA Pulau Pinang. 
Adik lelaki saya melanjutkan pelajaran di peringkat pra-diploma di Kolej Vokasional Teluk Intan dalam bidang Mekanisasi Agro. Kedua-dua adik perempuan saya masih berada di bangku sekolah rendah, berumur 12 tahun dan 9 tahun masing-masing.




Ayah saya merupakan seorang pembantu penyelia di sebuah kilang kompos swasta (ASIAGREEN Resources SDN BHD).
Mak saya merupakan suri rumah sepenuh masa.



Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(UKM) BANGI. Saya mengambil jurusan PENTADBIRAN PERNIAGAAN. Saya bercadang untuk menukar kos ke PERAKAUNAN.


Selama saya berada di UKM ini, saya telah terlibat dengan pelbagai aktiviti di kolej seperti Tarian Hari Malaysia, ICAF(Teater), dan SUKEM(Bola Jaring).







 

#BLOGGER NEWBIE Template by Ipietoon Cute Blog Design